CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 9 December 2012

Tembok Api

Tembok api(firewall) bertindak sebagai penghalang antara komputer dalam rangkaian. Tembok api(firewall), penceroboh dalam rangkaian mungkin akan dapat memusnahkan, mengganggu atau mendapat akses kepada fail pada komputer anda. 2 Tembok api(firewall) boleh datang dalam bentuk perkakasan atau perisian. Tembok api(firewall)  berfungsi  dengan satu set penapis yang sentiasa memantau trafik pada rangkaian. Apabila satu paket maklumat dikenalpasti membawa masalah , Tembok api(firewall) yang menghalangnya dalam usaha untuk mengelakkan kerosakan.



Aspek Kemanusiaan




Faktor kemanusiaan ialah apabila seseorang itu sendiri membawa bencana kepada komputer. Sama ada ia dalam bentuk positif atau negatif.

Selain itu, pendidikan keselamatan komputer dikalangan masyarakat merupakan salah satu aspek kemanusiaan untuk mencegah ancaman komputer.

Anti-spyware




Spyware adalah sejenis perisian malware atau program komputer yang dipasang pada komputer yang mengumpul maklumat aktiviti pengguna di internet tanpa pengetahuan mereka.  Kehadiran spyware biasanya tersembunyi dari pengguna dan boleh menjadi sukar untuk dikesan. Spyware sering dipasang secara rahsia pada komputer peribadi pengguna tanpa pengetahuan mereka.


Antivirus


Definisi Antivirus

Program utiliti yang sangat penting bagi melindungi komputer daripada serangan virus, mengenalpasti virus dan membuang virus yang dijumpai dalam memori komputer, storan atau pun ketika melayari internet.

Terdapat banyak pilihan jenama antivirus dipasaran yang boleh dibeli seperti Kaspersky, Avira, AVG, Panda, Norton dan bermacam lagi.


Kriptografi

Kriptografi : Penyulitan dan Penyahsulitan


Proses menyembunyikan maklumat dengan mengubah maklumat dalam bentuk yang lain tetapi difahami oleh pemiliknya.

Istilah dalam kriptografi
  1. Enkrip (encryption) 
  2. Dekrip (decryption)
  3. Tulisan Biasa (plaintext)
  4. Tulisan Rahsia (ciphertext) 

Salinan Data

Definisi Salinan Data

Salinan data ialah penyimpanan data dalam pelbagai bentuk dokumen contohnya muzik, gambar, video dan lain-lain daripada storan penyimpanan asal kepada storan penyimpanan yang lain.

Menggunakan program utiliti untuk menyimpan fail-fail penting atau terpilih ke dalam bentuk CD, DVD, Pemacu Flash atau Cakera Keras Luaran.

Menggunakan aplikasi web untuk menyimpan data. Contohnya ialah iCloud, Google Drive dan Dropbox.

Keselamatan Komputer

 
 

Definisi Keselamatan Komputer

Melindungi sistem komputer dan maklumat di dalamnya daripada akses yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan dan perubahan pada sistem dan maklumat komputer tersebut.

Jenis Keselamatan Komputer

Keselamatan komputer terbahagi kepada dua kategori iaitu :
  1. Ancaman Keselamatan
  2. Langkah-langkah Keselamatan
Contoh-contoh bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

Ancaman Keselamatan
  • Kod Hasad
  • Penggodaman
  • Semulajadi/Persekitaran
  • Kecurian
Langkah-langkah Keselamatan
  • Salinan data
  • Kriptografi
  • Antivirus
  • Anti-spyware
  • Tembok Api
  • Aspek kemanusiaan
Di dalam blog ini, akan lebih tertumpu kepada langkah-langkah keselamatan.