CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 9 December 2012

Antivirus


Definisi Antivirus

Program utiliti yang sangat penting bagi melindungi komputer daripada serangan virus, mengenalpasti virus dan membuang virus yang dijumpai dalam memori komputer, storan atau pun ketika melayari internet.

Terdapat banyak pilihan jenama antivirus dipasaran yang boleh dibeli seperti Kaspersky, Avira, AVG, Panda, Norton dan bermacam lagi.




Serangan virus komputer merupakan masalah yang sentiasa dihadapi oleh organisasi yang menggunakan komputer. Kepelbagaian jenis virus akan menyebabkan kerosakan sistem pengoperasian serta peralatan komputer lain seperti hard disk. Ia juga menyebabkan maklumat atau data penting menjadi rosak atau hilang dan mungkin juga ia disebar kepada orang-orang berkenaan tanpa pengetahuan pengguna. Server akan menapis sebarang e-mel yang mempunyai fail *.exe, *.scr, *.gif, *.pif, *.com, *.dll, *.bat, *.vbs, *.icr dan *.ocx. Kesemua fail berkenaan adalah berkemungkinan besar pembawa virus.

Langkah-langkah keselamatan mengelakkan virus :

  1. Pengguna PC mestilah sentiasa melakukan nyah virus (virus scan) di PC dan semua media storan yang digunakan untuk mempastikan tidak ada virus sebelum ia digunakan. Dengan itu kita dapat mengawal keselamatan maklumat dan data dari dirosakkan oleh serangan virus. 
  2. Sekiranya terdapat serangan virus ke atas data atau dokumen dan jika virus tersebut tidak dapat dihapuskan, dapatkan bantuan teknikal daripada kedai komputer.
  3. Media storan seperti Disket, handy drive, CD atau DVD dan lain-lain yang diperolehi dari luar perlulah discan atau dinyah virus terlebih dahulu sebelum digunakan. Dilarang membuka data atau dokumen yang virus yang tidak dapat dihapuskan.
  4. Semua fail hendaklah di scan dengan anti virus terlebih dahulu sebelum ia disimpan atau disalin ke Storage Server. 
  5. Gunakan perisian antivirus bagi mengelak virus menyerang.

AVG Antivirus Software

Panda Antivirus Software

Kaspersky Antivirus Software

Avira Antivirus Software

Norton Antivirus Software




No comments:

Post a Comment