Faktor kemanusiaan ialah apabila seseorang itu sendiri membawa bencana kepada komputer. Sama ada ia dalam bentuk positif atau negatif.
Selain itu, pendidikan keselamatan komputer dikalangan masyarakat merupakan salah satu aspek kemanusiaan untuk mencegah ancaman komputer.
Sebagai contoh, mencuri maklumat atau menggunakan komputer orang lain tanpa kebenaran pemilik komputer tersebut. Tindakan tersebut menunjukkan aspek kemanusiaan yang tidak baik kerana mencuri adalah melanggar tatasusila manusia.
Pendidikan
Pengetahuan tentang sesuatu bidang amat penting supaya kita melakukan perkara yang betul dan tidak membahayakan diri sendiri serta orang lain.
Pengetahuan tentang komputer dan bahanya amat penting kerana jika kita buta IT, orang lain dengan mudahnya akan menipu dan mencuri maklumat peribadi kita melalui komputer kita. Oleh itu, pendidikan tentang IT haruslah dicari oleh semua individu kerana ini ialah tanggungjawab kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment