CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 9 December 2012

Kriptografi

Kriptografi : Penyulitan dan Penyahsulitan


Proses menyembunyikan maklumat dengan mengubah maklumat dalam bentuk yang lain tetapi difahami oleh pemiliknya.

Istilah dalam kriptografi
  1. Enkrip (encryption) 
  2. Dekrip (decryption)
  3. Tulisan Biasa (plaintext)
  4. Tulisan Rahsia (ciphertext) 

 

Penyulitan


Penyulitan atau encryption ialah proses untuk mengaburkan maklumat supaya tidak dapat dibaca tanpa pengetahuan khusus. Sedangkan penyulitan telah digunakan untuk melindungi komunikasi selama berabad-abad, hanya pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang mempunyai keperluan menyimpan rahsia yang luar biasa pernah menggunakannya. Bagaimanapun, pada pertengahan dekad 1970-an, penyulitan muncul daripada domain tunggal agensi-agensi kerajaan perahsia dan memasuki domain awam. Proses ini kini dipergunakan untuk melindungi sistem-sistem yang digunakan secara meluas, seperti Internet, rangkaian telefon bimbit dan mesin juruwang automatik (ATM) untuk perbankan.

Walaupun penyulitan boleh digunakan untuk memastikan kerahsiaan, teknik-teknik lain masih diperlukan untuk memastikan keselamatan komunikasi, khususnya untuk menentukan kesempurnaan dan kesahan perutusan; umpamanya, kod pengesahan perutusan(MAC) atau tandatangan digit. Lagi satu pertimbangan ialah perlindungan terhadap analisis trafik.

Penyulitan atau pengeliruan kod perisian juga digunakan untuk perlindungan daripada sebarang penyalinan, analisis aplikasi tanpa kebenaran, pemecahan kod perisian, dan cetak rompak perisian yang digunakan oleh pelbagai perisisan penyulitan atau pengeliruan.

Contoh Penyulitan :
  • RSA
  • DES
  • BLOWFISH
  • IDEA
  • SEAL
  • RC5

RC5 merupakan salah satu contoh penyulitan (encyption). Ia telah dibangunkan oleh Ronald Rivest (RSA) yang mana teknik ini dimiliki sepenuhnya oleh RSADSI. Ia telah banyak digunakan dalam produk RSADSI. RC5 boleh menentukan saiz kekunci atau saiz data dan bilangan pusingan. RC5 mempunyai rekabentuk yang ringkas dan senang untuk diimplementasikan.Ia cepat kerana menggunakan algoritma yang ringkas berorientasikan perkataan.


Penyahsulitan

Penyahsulitan atau decryption merupakan algoritma bertentangan dengan penyulitan (enkripsi).

No comments:

Post a Comment